Wednesday 20 August 2014

FYI, Dia Tunang Saya! Special: Penangan Ketam Bunga!

FYI, Dia Tunang Saya! Special: Penangan Ketam Bunga!

Tempat Kejadian: Restoran Makanan Laut Segar
Latar Masa: Dalam tempoh Faz dan Syakir bertunang...

Senyuman yang sedari tadi tidak lekang di bibir Ain Fazira hilang serta-merta. Matanya sedikit terbeliak apabila melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya beserta dengan 'segerombolan' manusia di belakangnya. Tanpa sengaja, wanita muda itu mengeluh perlahan. Dia sudah dapat membayangkan kekecohan yang akan berlaku dengan kehadiran tetamu-tetamu yang 'tidak diundang' itu.

"Eh, Cik Faz!! Encik Luqman pun ada!" Salah seorang daripada pekerja bahagian Pemasaran dan Jualan KZ Perfumes yang agak kepoh menyapa Ain Fazira dengan suara yang nyaring sehingga menarik perhatian pelanggan yang sedang menjamu selera di restoran tersebut. Tajam sekali mata pekerja wanita itu sehingga dapat menangkap wajahnya yang duduk di meja yang agak tersorok di penjuru restoran tersebut.

"Kak Ros!" Sapa Ain Fazira, berpura-pura terkejut. "Wah, semua orang dari P&J(pemasaran dan jualan) pun ada! 'Kecil' betul dunia ni kan." Ujarnya sambil memandang tajam ke arah Amirul Syakir yang buat muka sepuluh sen.

"Awak, sini kejap." Lemah-lembut wanita itu mengajak Amirul Syakir keluar dari restoran tersebut. Amirul Syakir yang mengikut dari belakang bersedia untuk menerima bahana daripada perbuatannya itu.

Sebaik sahaja pasangan tunang itu keluar dari restoran tersebut, perangai Ain Fazira berubah 360 darjah. "Apa yang awak buat dekat sini, hah? Siap bawa anak-anak buah awak pula tu!" Tiada lagi kelembutan pada nada suaranya melainkan kemarahan yang membuak-buak.


"Buat apa lagi, saya nak makan dengan dia oranglah. Tak sangka pula boleh jumpa awak dekat sini." Jawab Amirul Syakir dengan selamba. Riak mukanya yang tidak bersalah itu membuatkan Ain Fazira semakin marah

"Jangan nak bohong. Awak ikut saya dengan abang Luqman kan?" Telahnya.

"Jangan nak perasan, okey. Saya tak ada masa nak buat kerja tak berfaedah tu. Yang awak tu datang sini berdua je dengan abang kenapa? Awak dah lupa ke yang awak tu tunang orang?" Balas Amirul Syakir pula dengan nada menuduh.

"Apa awak cakap?! So, awak nak cakap saya ni tak reti nak jaga batas pergaulan saya?!" Wajah Ain Fazira semakin menyeringai. Marah dituduh sebegitu rupa.

"Habis tu kenapa awak keluar makan dengan dia berdua je. Malam-malam pula tu!" Balas Amirul Syakir lagi dengan nada yang keras. Pasangan bertunang itu berbalas renungan yang berapi. Seorang dengan api kemarahan yang membara manakala seorang lagi dengan api cemburu yang menyala-nyala.

"Faz!" Suara Sophie yang riang menembusi gegendang telinga mereka. Rasa cemburu di hati Amirul Syakir kini digantikan rasa keliru. Dia melihat Sophie mendekati Ain Fazira yang masih mendiamkan diri dalam keadaan tercengang-cengang. "Sorry lambat. Eh, apa yang Kier buat kat sini? Bukan Luq ke yang janji nak belanja makan?" Soal Sophie yang tidak tahu apa-apa.

"Sophie...you pun ikut sekali ke?" Soal Amirul Syakir.

"Of course! Luq janji nak belanja I dengan Faz makan sebab kalah waktu main batu seremban kat Rantaian Qaseh hari tu. Takkanlah you ingat yang Faz datang berdua dengan Luq kot. Faz ni mana boleh berenggang dengan I. Kalau nak pergi mana-mana mesti I kena ada sekali." Jelas Sophie menyebabkan Amirul Syakir malu sendiri. Rasa bersalah menyengat ke hatinya kerana menuduh tunangnya yang bukan-bukan tadi.

"Hemph!" Ain Fazira memalingkan tubuhnya lalu memasuki restoran itu bersama Sophie tanpa mempedulikan tunangnya itu.

****

"So, siapa sebenarnya yang nak belanja ni? Luq ke Kier?" Soal Sophie sambil memegang menu yang ada dengan nada selamba. Seakan-akan tidak menyedari keadaan Ain Fazira dan Amirul Syakir yang tidak mahu memandang antara satu sama lain. Luqman dan anak-anak buah Amirul Syakir hanya mampu mendiamkan diri dalam keadaan yang tegang itu.

"Tak apalah. Kali ni abang belanja semua." Ujar Luqman, cuba untuk memperbaiki suasana. Barulah Ain Fazira  menunjukkan reaksi.

"Tak apa ke abang Luqman. Susahkan abang je. Abang janji nak belanja Faz dengan Sophie je." Balas wanita itu dengan wajah bersalah.

"Tak apa..."

"Biar saya yang bayar! Saya akan bayar semuanya, jangan risau!" Potong Amirul Syakir dengan bersemangat. Siapa yang tidak rasa tercabar apabila tunangnya sendiri mengambil berat tentang lelaki lain. Walaupun lelaki itu adalah kenalannya yang diketahui hati budinya.

Kenyataan lelaki itu membuatkan pekerja bawahannya bersorak gembira. Luqman sekadar tersenyum mengalah. Ain Fazira pula mengeluh kerana mengenangkan perangai keanak-anakkan lelaki itu. Manakala Sophie tersenyum simpul kerana dia dapat memulakan 'operasi'nya.

"Okey, kalau macam tu biar I tolong orderkan. Kak!" Lekas-lekas Sophie memanggil pelayan restoran tersebut.  "I nak ketam masa cili 8 ekor, undang masak butter satu pinggan, sotong goreng tepung, kerang dengan kupang...bla...bla..."

Terkulat-kulat Amirul Syakir mendengar pesanan Sophie yang panjang berjela. 'Kopak'lah dompetnya. "Kenapa semua order seafood je?" Soalnya, pelik.

"Yelah dah nama pun restoran makanan laut, kenalah order makanan laut juga." Jawab Sophie yang disambut dengan gelak tawa anak-anak buah Amirul Syakir. Lelaki itu sekadar malu sendiri. Macam manalah dia boleh tidak perasan yang restoran tersebut hanya menyediakan makanan laut sahaja.

Sepanjang menunggu pesanan, Ain Fazira sedikit pun tidak melayan Amirul Syakir. Seakan-akan lelaki itu halimunan. Hampir juga lelaki itu hilang sabar tetapi apabila mengenangkan mereka di kawasan yang ramai orang terpaksalah dia memendamp perasaannya.

Apabila pesanan tiba, tidak dapat diceritakan kegiangan Sophie dengan pekerja bawahan Amirul Syakir. Berlumba-lumba mereka mengambil lauk-pauk kesukaan mereka. Amirul Syakir sekadar mengambil isi ikan siakap masak masam manis sahaja. Dalam pada itu, Ain Fazira sempat menghulurkan pinggan berisi ketam masak cili yang tinggal empat ekor sahaja kepada Luqman. Luqman agak terharu kerana wanita itu masih mengingati makanan kegemarannya. Dia mengambil pinggan tersebut sambil tersenyum simpul.

Ketam masak cili! Sedap hingga menjilat jari

Amirul Syakir yang berasa cemburu dengan kemesraan mereka terus mengambil tiga ekor ketam masak cili ke pinggannya lalu meninggalkan seekor sahaja kepada Luqman.

"Haah?" Protes Ain Fazira. "Awak kan tak boleh..."

"Suka hati sayalah nak makan apa! Mulut saya, kan." Balas Amirul Syakir dengan nada yang menyakitkan hati.

"Hish suka hati awaklah." Malas Ain Fazira mahu melayan perangai tunangnya yang tidak padan dengan usia. "Kalau ada apa-apa terjadi, jangan salahkan saya."

Dan perkara yang terjadi selepas itu, terus menjadi lipatan sejarah hidup yang tak dapat dilupakan.

****

"Ubat alergi ni makan dua kali selepas makan... Lepas tu ubat antibiotik ni kena habiskan....bayaran sebanyak....."

"Terima kasih, cik." Ujar Amirul Syakir lalu berjalan keluar daripada klinik tersebut selepas membuat pembayaran. Dia berhenti di tepi keretanya lalu melihat wajahnya pada cermin kereta yang ditinta gelap itu. Bibirnya masih lagi bengkak seperti belon. Dia mengeluh perlahan. Malu memikirkan peristiwa tadi. Di hadapan pekerja bawahannya lagi. Pasti dia akan jadi bahan gelak tawa mereka selama setahun.

Tiba-tiba, cermin tingkap keretanya terbuka. "Dah tak payah nak tengok sangat muka awak tu kat cermin. Cepat masuk. Sophie ni siap dah tidur tau tunggu awak." Ujar Ain Fazira yang duduk di kerusi pemandu. Barulah Amirul Syakir teringat yang Ain Fazira dan Sophie mengikutnya sekali ke klinik. Sementara Luqman ditinggalkan bersama-sama anak-anak buahnya di restoran.

Merah padam muka Amirul Syakir menahan malu. Dia masuk dengan muka yang masam mencuka.

"Gerggh! Ini..."

"Stop! Saya dah cakap jangan salahkan saya, kan?" Potong Ain Fazira sambil menghidupkan enjin kereta.
"Dah tahu yang diri sendiri tu alergi seafood! Siapa suruh awak melantak ketam sampai tiga ekor sorang-sorang."

"Diamlah! Berhenti membebel boleh tak?!"

"Memang nak diamlah ni!" Pertengkaran mereka terhenti apabila mendengar Sophie merunggut dalam keadaan separuh sedar kerana tidurnya terganggu. Masing-masing mendiamkan diri selepas menaik nafas panjang.

"Macam manalah dengan abang Luqman. Terpaksalah dia bayar semua makanan tu." Ujar Ain Fazira sendirian yang mengundang kemarahan Amirul Syakir.

"Awak ni kan, dari tadi asyik sebut abang Luqman, abang Luqman je. Bingit telinga saya tahu tak!"

"Apa masalah awak ni sebenarnya? Kalau saya cakap pasal abang Luqman pun awak nak marah ke?"

"Erghh, awak ni kan memang sengaja kan? Saya ni tunang awak tahu tak! Merangkap abang angkat awak! Awak sepatutnya hormati saya."

Ain Fazira mengerutkan keningnya. "Cuba jangan cakap berbelit boleh tak? Mula-mula pasal abang Luqman, lepas tu pasal tunang, lepas tu...apa sebenarnya awak cuba nak sampaikan ni?"

Amirul Syakir menarik nafasnya dalam-dalam. "AWAK TU...dengan orang lain senang-senang je awak panggil abang. Kenalan lelaki yang lebih tua daripada awak semuanya awak panggil abang. Tapi bila saya...bila saya...tak pula..." Ujar Amirul Syakir dengan nada yang serius. Tidak padan dengan bibirnya yang bengkak seperti Angelina Jolie.

Bibir seperti Angelina Jolie


"Hah? Oh... Perff!!" Ain Fazira menahan tawa. Bukan sahaja disebabkan muka tunangnya itu tetapi juga dengan punca kemarahan lelaki itu yang tersangatlah mudah. "Jadi awak marah sebab awak cemburu saya panggil abang Luqman abang?" Baru sekarang dia mengerti dengan kelakuan Amirul Syakir semenjak dua menjak ini tidak senang melihat dia bersama dengan Luqman.

"Siapa cemburu? Saya cuma takut orang lain kata bukan-bukan je." Lelaki itu memeluk tubuhnya, berusaha untuk menyembunyikan perasaan di hatinya.

"Hai, awak ni mesti banyak makan semut kan? Awak sendiri yang tak nak saya panggil awak abang. Sejak dari hari pertama kita jumpa lagi." Balas Ain Fazira pula.

"Itu...Itu lain, sekarang lain! Sekarang ni saya ni tunang awak, bakal suami awak...jadi..."

"Okey, okey, lepas ni saya akan panggil awak, abang. Puas hati abang Kier?" Soal Ain Fazira dengan nada mengusik. Merah padam muka Amirul Syakir dibuatnya.

"Huarghh, kat dalam kereta pun ada drama romantik juga? Drama baru akasia ke? Whatever....eemmm..." Sophie mengigau dia dalam 'tidur'. Ain Fazira dan Amirul Syakir saling berpandangan sebelum menguntum senyuman dan tawa kecil. Ain Fazira meneruskan pemanduannya. 'Penangan ketam bunga betul...tak apalah asalkan bukan cemburu buta...'

****
P.S. dari Afeena Shah: Hoho, salam semua ^^.

Maaf sebab update cerita ni lambat sangat. Macam yang Feena janji, Feena postkan short stories tentang Faz dengan Syakir. Cerita ni time lepas Faz dan Syakir diumumkan akan bertunang. Jadi diaorang ni masih lagi ala-ala anjing dengan kucing. Lawak tengok perangai Syakir yang cemburu mengalahkan budak-budak, Tapi perangai dia tulah yang buatkan dia cute sangat.http://eemoticons.net Lepas ni, Feena pun tak pasti bila lagi nak sambung sebab minggu depan ada exam short sem.http://eemoticons.net Tapi sempat juga lepaskan rindu menulis sebab dah hampir settle semua assignment (hampir?). Hehe... okey Feena minta diri dulu. Nanti Insyallah Feena akan try post kan lagi cerita special FYI, Dia Tunang Saya!

Luv uolss!!!http://eemoticons.net

2 comments:

  1. Cerita ni best sgt.. rajin2 la update yer.. please..

    ReplyDelete
  2. Ermm dah masuk bulan 10. Huhu update la lagi.. tak sabar ni.

    ReplyDelete