Tuesday 5 November 2013

FYI, Dia Tunang Saya 6

BAb 6

Emm...sedapnya blueberry cheese cake yang I beli kat Secret’s Recipe ni...” Ujar Sophie sambil menyuapkan kek itu ke mulutnya. Rasa kek keju itu yang lembut dan gebu membuatkan dia terasa seperti di awangan.
Sophie memuncungkan bibirnya. Matanya berpaling Ain Fazira tidak memberikan sebarang respon kepada lawaknya. Hanya termenung sahaja di hadapan televisyen.
‘Setahu aku, aku tak ada buat masalah hari ini.’ Sophie mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Sophie bangun lalu duduk di sebelah Ain Fazira. Dia mengerakkan tangannya beberapa kali di hadapan Ain Fazira. Namun sahabatnya itu tidak memberikan sebarang reaksi lalu dia mengambil keputusan untuk menjentik dahi sahabat baiknya itu.
            “Arghh!” Jeritan kecil keluar dari mulut Sophie apabila jari telunjuknya dipulas oleh Ain Fazira.
            “Faz, sakitlah!” Ujar Sophie.
            “Jangan nak berpura-puralah. I pulas jari you sikit je. Lain kali jangan cuba nak aniaya orang, okey?” Balas Ain Fazira yang tidak melepaskan pandangannya daripada televisyen.
            “Yang you tu senyap saja dari tadi, tu yang I pelik tu.” Sophie merungut sambil mengurut-gurut jari telunjuknya.
            Ain Fazira sekadar mengelengkan kepalanya. Dia tahu Sophie hanya berlakon sakit sahaja. Bagi Sophie yang merupakan pemegang tali pinggang Taekwondo berwarna hitam, pulasan sebegitu ibarat kena cucuk dengan pencungkil gigi sahaja.
            “You tu, pergi mana semalam?” Soal Ain Fazira pula. Dia malas mahu memikirkan tentang peristiwa semalam dengan Amirul Syakir. Buat sakit hati sahaja.
            “He he... I pergi cari kerjalah.”
            “Eh?? You, THE SOPHIE ANN, find a job?” Ain Fazira tersenyum sinis.
“Habis tu, I bosanlah duduk terperuk je kat rumah ni. Sekurang-kurang bila I kerja hilang sikit rasa bosan tu.” Jawab Sophie dengan jujur.
            Sekali lagi Ain Fazira tersenyum mendengar jawapan Sophie. Hanya orang seperti Sophie sahaja yang menjadikan kerja sebagai pengisi masa lapang. Apa tidaknya, Sophie bukan orang sebarangan. Dia adalah pewaris empayar produk kecantikan antarabangsa yang berpusat di London. Kalau Sophie tidak bekerja seumur hidup pun tidak mengapa.
            Sophie yang kebosanan kemudian mengambil surat khabar lalu membuka ruangan hiburan.
            “Hah, Faz!!!” Jeritan Sophie yang nyaring mengejutkan Ain Fazira.
            “Kenapa?!” Ujarnya.
            “Cuba tengok gambar ni. Ni bukan ‘Remy Ishak’ ke?”
            “Remy Ishak? Pelakon drama Nur Kaseh ke?”
            “Bukanlah, ‘Remy Ishak’ yang selamatkan kita hari tu.”
            ‘Abang Syakir?’ Ain Fazira mengagak. Sahabat baiknya itu ada tabiat menyamakan orang yang dia baru kenali dengan pelakon Melayu yang hampir serupa wajahnya. Dan dia belum beritahu lagi bahawa lelaki yang menyelamatkan mereka itu adalah Amirul Syakir, salah seorang anak kepada ayah angkatnya.
Ain Fazira melihat ruangan gossip itu. Terdapat gambar Amirul Syakir dan gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian pengantin serta seorang wanita persis seorang model.
            “Selebriti Malaysia terkenal, Dayana dikatakan bercuti di Maldives bersama Amir Fikri, CEO KZ Perfumes, syarikat pengeluar minyak wangi yang terbesar di Malaysia. Dikatakan bahawa Amir Fikri mengalami pergolakan rumah tangga dengan isterinya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Amirul Syakir, adik Amir Fikri.” Sophie membaca sedikit petikan daripada berita tersebut.
            “Why do i get a familiar feeling?” Ujar Sophie. “Macam pernah jumpa...”
            Sophie dan Ain Fazira saling berpandangan lalu sama-sama berkata. “AIRPORT!
            Tidak sampai beberapa saat, kedengaran lagu Pachebel Canon in D, nada dering telefon Ain Fazira. Dia segera menyambut panggilan daripada orang yang paling tidak disangka-sangka, Luqman.
            “Kenapa?” Soal Sophie yang pelik melihat wajah Ain Fazira berubah serius selepas menerima panggilan tersebut.
            “Ppapa...papa masuk hospital.”

***

Amirul Syakir termengah-mengah kepenatan. Dia bernasib baik kerana dibantu oleh pengawal hospital yang menghalang wartawan-wartawan daripada mengasaknya dengan pelbagai soalan.
            ‘Dia orang ni memang tak ada kerja lain. Tahu nak menyibuk hal orang je!’ Rungutnya di dalam hati.
Langkah Amirul Syakir terhenti di pintu wad ayahnya. Perasaan takut dan bersalah mencegah dirinya daripada membuka pintu tersebut. Dia mencari-cari alasan yang sesuai bagi masalah yang melanda ini.
“Kenapa awak terjongok kat depan ni?”
Hampir terlonjak Amirul Syakir apabila mendengar suara Ain Fazira. “A..WAK?! Apa yang awak buat kat sini?” Soalnya.
“Jenguk papalah, takkan nak pergi shopping pula.” Jawab Ain Fazira dengan nada yang sinis.
‘Eh, eh, pandai juga perempuan ni ‘loyar’ buruk.’ Ujar Amirul Syakir di dalam hati.
“Cepatlah,” ujar Ain Fazira lagi.
“Cepat apa?” Soal Amirul Syakir, tidak faham.
Ain Fazira menjeling ke arah tombol pintu yang masih dipegang oleh Amirul Syakir sambil memberi isyarat agar lelaki itu cepat membuka pintu wad tersebut. Amirul Syakir teragak-agak buat seketika. Namun apabila memikirkan ada Ain Fazira menemaninya, rasa gerun untuk berdepan dengan keluarganya kurang sedikit.
Amirul Syakir membuka pintu wad lalu memasukinya dan diikuti dengan Ain Fazira. Kelihatan Dato’ Farid Badrul terlantar tidak sedarkan diri di katil wad yang mewah itu. Wajahnya berkerut seperti sedang menanggung seribu satu masalah.
Ain Fazira terasa seperti mahu menerpa ke arah Dato’ Farid Badrul tetapi kehadiran tiga orang ahli keluarga ayah angkatnya membatalkan hasratnya. Ini merupakan kali pertama Ain Fazira berjumpa dengan mereka selepas pulang dari luar negara.
“Assalamualaikum, datin, Nazira, Syafiq.” Ujarnya dengan teliti dengan berhati-hati.
Ain Fazira mendekati Datin Melisa untuk mencium tangan ibu angkatnya itu. Wanita ternama itu menghulurkan tangannya dengan wajah yang serius. Walaupun tiada sebarang kemesraan antara mereka berdua, Datin Melisa tidak pula menunjukkan rasa tidak senang akan kehadiran anak angkatnya itu.
Manakala Amira Nazira terang-terangan tidak menyukai kakak angkatnya. Malah tidak teringin pun nak berdekatan dengan orang yang baginya tidak setaraf dengannya. Berbeza pula dengan kembarnya, Amirul Syafiq yang menunjukkan wajah tidak kisah. Baginya apa yang lebih penting adalah kesihatan Dato’ Farid Badrul.
Amira Nazira sengaja melanggar bahu Ain Fazira lalu menerpa ke arah Amirul Syakir. “Abang Kir, betul ke skandal ni? Abang tahu tak semua kawan Naz telefon nak tahu pasal skandal ni. Semua orang post komen kat Twitter dengan Facebook tau.”
            “Naz, perlahankan suara. Papa kan sedang berehat tu.” Ujar Datin Melisa dengan nada yang tegas membuatkan Amira Nazira memuncungkan mulutnya.
            “Kir, ikut mummy sekarang!” Arah Datin Melisa kepada Amirul Syakir. Terpancar sinar kemarahan di mata wanita separuh abad itu.
            Ain Fazira melihat sahaja Amirul Syakir dengan Datin Melisa keluar dari bilik wad tersebut. Dia sendiri takut untuk menghadapi api kemarahan wanita itu. Datin Melisa terkenal dengan ketegasan dan paling penting kegarangannya dalam mendidik anak. Tidak sesiapa yang dapat membantah kata-kata wanita itu apabila dia marah.
            Ain Fazira mengambil kesempatan melihat untuk keadaan Dato’ Farid Badrul yang terlantar di katil wad. Amira Nazira menjeling ke arahnya sebelum duduk di sofa yang disediakan di wad yang eksklusif seperti bilik hotel lima bintang itu.
            “Aa..kak, bila balik dari overseas?” Soal Amirul Syafiq cuba untuk berbasa-basi.
            “Dalam dua minggu lepas.” Jawab Ain Fazira. Seperti biasa dia tidak melanjutkan perbualannya. Amirul Syafiq mengangguk dengan perasaan yang kekok.
            Ain Fazira kemudiannya membuka pintu wad untuk menjawab telefonnya. Dia terlihat Amirul Syakir dimarahi oleh Datin Melisa di satu sudut yang tersembunyi dengan pokok hiasan. Jelas sekali Datin Melisa tidak suka akan masalah yang melanda keluarga mereka di saat syarikat KZ Perfumes sedang mengalami krisis kewangan.
            Tiba-tiba telefon Datin Melisa pula berdering, membuatkan Ain Fazira yang sedang memasang telinga sedikit terkejut. Datin Melisa dan Amirul Syakir menjumpai Ain Fazira di tepi dinding.
            “Maaf...” Kata-kata Ain Fazira terhenti dek isyarat tangan Datin Melisa. Wanita separuh abad itu mahu menjawab panggilannya dulu.
            “Waalaikummussalam, Pak San. Apa dia?! Pak San dengan Shirin kena ‘serang’ dengan wartawan dekat depan rumah?!”
            Mata Amirul Syakir membesar apabila mendengar kata-kata ibunya. Dia tidak teragak-agak untuk berlari keluar dari hospital untuk pergi menolong Shirin. 
            Datin Melisa memandang Ain Fazira yang memberi makna agar wanita itu mengikuti anaknya. Ain Fazira mengangguk perlahan lalu mengikuti Amirul Syakir dari belakang.
            “Hishh, abang Syakir ni! Tak ‘makan’ saman betul!” Rungut Ain Fazira.

***
Awak ni memang penyibuklah.” Ujar Amirul Syakir. Sedari tadi lagi dia asyik merungut kerana Ain Fazira bertegas untuk mengikutinya.
            “Lebih baik awak kurangkan penggunaan mulut awak dan gunakan otak awak untuk cari jalan penyelesaian bagi masalah ni.”
            “Huh, cakap senanglah. Awak bukan tahu apa-apa pun...”
            “Awak dengan kak Shirin kawan satu universiti. Hubungan kamu berdua rapat sampai kedua belah pihak dah kenal antara satu sama lain tapi tiba-tiba awak menghilangkan diri selama hampir setengah tahun dan pulang selepas sebulan perkahwinan abang Fikri dan kak Shirin berlangsung.” Jelas Ain Fazira tanpa berpaling ke arah Amirul Syakir. “Ada apa-apa lagi yang saya tertinggal?”
            Amirul Syakir terdiam tak terkata. ‘Perempuan ni macam ada upah penyiasat pula...’
            “Saya tak upah penyiasatlah. Papa suka bercerita tentang ‘kenakalan’ anak-anak dia bila saya telefon papa.” Ujar Ain Fazira seolah-olah dapat membaca fikiran Amirul Syakir. Perangai wanita muda itu membuatkan Amirul Syakir sedikit bengang.
“Awa...”
            “Jangan salahkan saya. Awak sendiri yang benarkan saya baca fikiran awak. Muka awak tu tak pandai menipu.” Ujar Ain Fazira lagi menambahkan rasa geram di hati Amirul Syakir.
            “Layan awak ni boleh buat saya sakit jiwa tahu tak.” Amirul Syakir mengaku kalah lalu menumpukan perhatiannya pada jalan raya.
            Ain Fazira tersenyum di dalam hati. Sekurang-kurangnya dia berjaya untuk membantu Amirul Syakir melupakan sejenak masalah yang melanda sekarang.
            Kereta Honda Civic Amirul Syakir berhenti di hadapan rumah agam tiga tingkat milik keluarga Dato’ Farid. Kelihatan pemandu peribadi keluarga dan dua orang gajinya sedang melindungi Shirin daripada diasak oleh sekumpulan wartawan.
            “Apa yang kamu semua buat ni?!!” Bentak Amirul Syakir yang menerpa ke arah kerumunan wartawan itu seperti singa yang kelaparan. “Kalau kamu semua tak pergi sekarang siaplah...”
            “Ah, Encik Syakir, betul ke yang Encik Syakir ada hubungan sulit dengan Puan Shirin?”
            “Dengar kata Encik Syakir dan Encik Fikri bergaduh di KLIA sebelum Encik Fikri berlepas ke Maldives dengan Dayana, betul ke?”
            “Selepas ini adakah Puan Shirin akan diceraikan oleh suaminya?”
            “Kamu semua jangan nak merepek!!!” Tempelak Amirul Syakir dengan garang. “Apa yang kamu dengar tentang hubungan sulit saya dengan kakak ipar saya tak benar. Itu semua fitnah! Saya...dah ada kekasih!”
            Pengakuan Amirul Syakir membuatkan semua orang termasuk Ain Fazira terpinga-pinga. ‘Sejak bila pula abang Syakir ada kekasih ni?’
            Amirul Syakir berpaling ke kiri dan ke kanan sebelum matanya tertumpu pada Ain Fazira. Dia dengan yakinnya menudingkan jarinya ke arah wanita itu. “Itu dia kekasih saya, Ain Fazira!!”


***
p.s.
Salam semua, 1st sekali Feena nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Banyak faktor sebenarnya:- 1) sibuk dengan assignment dan project 2) mencari ilham 3) tengok drama korea, hehe...
http://matcuoi.com
Macam mana dengan kisah kali ini? Geram tak dengan si Amirul Syakir yang tak pasal-pasal mengaku Ain Fazira kekasih semata-mata nak menidakkan skandal antara dia dengan Shirin? Kali ini, Feena perkenalkan dua watak baru Amira Nazira dan Amirul Syafiq. Diaorang ni kembar tau. Hehe, okeylah. Feena berhenti setakat ni. Insyallah, Feena akan try update lagi secepat mungkin. Luv u all!! 
http://matcuoi.com

2 comments: